2013,genap masuk 4 tahun dah bergelar ibu kepada dua orang perwira yang comel2 belaka dan 5 tahun bergelar isteri kepada mr suami..alhamdulillah..semuanya baik-baik sahaja dengan kesihatan yang sempurna kurniaan Ilahi.
Mei 2013,blog ini telah disiapkan,terima kasih pada en suami yg banyak membantu..sayang daddy..hmm..Disini semuanya bermula sebuah pengalaman yang cukup indah bagi diri ini setelah bergelar isteri dan ibu kepada anak-anak mama yang comel.
21.06.2009 telah lahir seorang bayi lelaki yang diberi nama MUHAMMAD SYAMIM,putera sulung kami.Abang yang cukup aktif dan bersemangat sentiasa.Dengan keletahnya yang menghiburkan terutama di sebelah keluarga suami yang baru pertama kali menyambut cucu sulung mereka.Alangkah bahagia nya rasa bila dikurniakan zuriat .
Tanggal 10.05.2012,putera kedua kami MUHAMMAD SYAZWAN ..keletahnya amat menghiburkan,walau berbadan kecil tapi lincah dan aktif.Genap 10 bulan dah pandai berjalan...ala comelny…..Lengkap sudah rasanya sebuah keluarga bahagia dengan anak-anak mama yang comel2 belaka dan suami yang penyayang.
Asslamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Pertama sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian anda melawat laman web saya yang tidak seberapa ini. Walau bagaimanapun saya akan cuba sebaik mungkin bagi memastikan apa yang bakal saya kongsikan disini bersama anda akan memberi manfaat bersama. Saya juga mengalu-alukan para ibu diluar sana untuk sama-sama menyumbangkan ilmu atau berkongsi pengalaman anda di laman web Sally Kids Shop ini. Disamping menyediakan panduan kepada para ibu, halaman web ini juga berfungsi sebagai kedai Online yang memasarkan produk berkaitan kanak-kanak. Harap anda enjoy bersama saya.
0 comments:
Post a Comment