Asslamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Pertama sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian anda melawat laman web saya yang tidak seberapa ini. Walau bagaimanapun saya akan cuba sebaik mungkin bagi memastikan apa yang bakal saya kongsikan disini bersama anda akan memberi manfaat bersama. Saya juga mengalu-alukan para ibu diluar sana untuk sama-sama menyumbangkan ilmu atau berkongsi pengalaman anda di laman web Sally Kids Shop ini. Disamping menyediakan panduan kepada para ibu, halaman web ini juga berfungsi sebagai kedai Online yang memasarkan produk berkaitan kanak-kanak. Harap anda enjoy bersama saya.
 

PANDUAN HADAPI ANAK MENGAMUK....

Setiap ibu bapa mesti pening kepala bila anak menangis tak henti-henti bila kehendak mereka tak dituruti.Pelbagai cara telah dibuat namun anak makin kuat mengamuk.Kepada ibu bapa yang diluar sana masih buntu mencari penyelesaiannya,sini kamin ada beberapa panduan untuk anda...bersama-sama kita mempraktikkannya..

1.ALIH PERHATIAN DIA.
  Selalunya kita sebagai ibu bapa menurut saja apa yang anak mahu,daripada kita malu berada di pasar raya,baik kita ikut je apa yang mereka nak.Sebenarnya ini salah,kita yang akan berbelanja lebih dari sepatutnya jika yang diminta anak-anak kita dah ada pun di rumah,tapi dia nak jugak.Kita harus pandai mengalih perhetian mereka.Pernah seorang ibu menangis apabila anaknya mengamuk dan meragam.Melihat ibunya menangis,anak itu bertanya kenapa ibunya menangis.Jawab ibu itu,dia menangis kerana anaknya yang baik meragam.Mendengar jawapan ibunya,anak itu berhenti meragam lalu terus memeluk dan mencium ibunya.Cara ini mungkin boleh dilakukan oleh ibu dalam usaha memujuk anak yang menangis dan meragam.

2.JANGAN MENGIKUT KEHENDAKNYA
   Biasanya anak mengamuk kerana dia tahu cara itu dia akan dapat apa yang dia inginkan.Elakkan daripada mengalah dengan kehendak anak dan memenuhi permintaannya yang tidak sepatutnya kerana kanak-kanak memang bijak.Sekali kita mengalah apabila anak mengamuk,mereka akan tahu kelemahan kita dan akan mengamuk setiap kali keperluannya tidak dipenuhi.Juga jangka masa mengamuk akan lebih panjang.

3. ELAK DARIPADA MEMARAHI ATAU MENJERIT
   Jangan memarahi pada anak kerana ia tidak akan membantu.Berbual dengan anak dan terangkan kenapa dia tidak boleh atau tidak dapat melakukan sesuatu.Jika anak mengamuk kerana tidak dapat melakukan sesuatu tugasam atau permainan,cuba beri tugasan atau permainan lebih mudah atau bantu anak untuk mencapai objektifnya.Memberi pelukan dan ciuman kasih sayang juga membantu.

4.JANGAN PEDULIKAN
  Dr Hugh Jolly dalam bukunya,A Book of Child Care,menjelaskan bahawa membiarkan anak ini meragam adalah 'ubat mujarab'jika anda memujuknya ini akan memberi anak gambaran bahawa dia akan dapat semua yang dia mahu bila dia meragam.Cuba pastikan anak selamat kerana ada budak yang akan mencederakan diri seperti menghantuk kepala ke lantai semasa mengamuk.Ada juga yang menjadi sesak dan sukar bernafas.

5.APABILA ANAK BERHENTI MENGAMUK
  Berbincanglah kepada mereka kenapa  perangainya tidak elok dan kenapa permintaannya tidak boleh dipenuhi.Juga beritahu bahawa tindakannya mengamuk dan meradang tidak akan membawa kebaikan dan itu adalah tingkahlaku yang tidak baik.
 




#anak -anak dah dibiasakan dengan panduan ke 2,alhamdullillah..berkesan nampaknya...
Read more

TIP-TIP JADIKAN ANAK PINTAR

Ibubapa adalah antara faktor terbesar dalam menentukan halatuju anak2.
Berikut ada beberapa tips dari Robert D. Ramsey yang boleh kita jadikan
panduan dalam menjadikan anak2 kita antara yang outstanding berbanding rakan
sebayanya..selamat mencuba
!

1. Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik . – bila anak kita dipanggil dengan nama yang tak baik, atau nama dah baik tapi bagi pulak gelaran yang tak baik, itu akan menyebabkan anak jadi malu dan rendah diri. Saya ingat lagi kat sekolah dulu org panggil saya mak enon. Malu sangat… rasa mcm tak nak pegi sekolah pun ada. Apatah pulak kalau yang memanggil nama tak elok tu mak bapak sendiri. Lagi la malu kan ? Dalam Islam pun sangat digalakkan kita bg nama yang baik untuk anak2.

2. Berikan anak anda pelukkan setiap hari – ada kajian yang menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk. Bila kita peluk dia setiap hari esp seorang mak, anak kita tau yang kita sayangkan dia. Dia akan tau kita akan jadi penyokong dia paling kuat. Dia akan sedar bahawa kita sentiasa ada jika dia kurang berjaya. Emosi dia akan terbela.


3. Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang – pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran. Memang la ada masa kita perlu marah tapi jgnla buat muka marah sampai kawan tu takut nak dekat dgn kita langsung. Kesian kat budak. Namanya pun budak…


4. Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan – Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya. Bila tiap kali kita appreciate dia, dia akan rasa nak buat lagi dan nak buat lebih baik lagi. Ini la namanya motivasi…


5. Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan – mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap. Sebenarnya mereka akan belajar lebih banyak lagi dari kesilapan yang mereka lakukan.


6. Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga – Bila ada masalah eloklah kita selesaikan masalah keluarga yang terdahulu. Kerana, seseorang tu akan lebih tenang kalau takde masalah keluarga. Anak2 perlu diberi keutamaan kerana mereka sedang membesar dan proses ini akan terus berlalu dan tak akan kembali jadi jgnlah cemarkan keperibadian mereka dengan sikap mementingkan diri kita.


7. Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh – Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban. Ini akan menyebabkan mereka menjauhi kita. Kalau kita tak mau sunyi di hari tua, jgnlah sunyikan mereka pada usia muda mereka.


8. Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap. Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap. Seronok sebenarnya layan bebudak bercakap. Adik saya pun dalam kategori budak lagi, kalau sesekali layan dia cakap rasa mcm kelakar. Saya penah jumpa dgn kawan anak saya umur baru tiga thn tapi mulut boleh tahan, rasa mcm tak logic je tapi seronok. Ala, mcm aznil Tanya budak tu, Tiger Wood berasal dari mana, pastu budak tu jawab Zoo… untuk kita sendiri, ini adalah satu hiburan yang takleh dibeli di tempat lain.


9. Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya – ada masa2nya mereka akan gundah gulana. Ada masa mungkin diorg berselisih dgn kawan. Ada masa mungkin dia dah tercederakan jiran. Jadi, kita bantulah sedaya kita supaya mereka tidak rasa sendirian dalam menyelesaikan masalah yang bagi kita kecik tapi tu mungkin masalah mega bg diorg.


10. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri . Mereka akan menirunya. Jgn kita sendiri kelam kabut bila ada yang menimpa. Jgn kita tunjuk yang kita gelabah. Be cool!! Setiap masalah yang telah Tuhan takdirkan pada kita ada penyelesaiannya. Jadi, jgn gabra2.


11. Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya . Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain.


12. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali - ade setgh budak kene byk kali ajar, baru dia faham. Mcm anmum punya iklan tu..Wardina tunjuk byk kali baru anak dia faham. Anak saya sendiri dalam satu hari ntah berapa kali dia tunjuk kat mata dia suruh saya sebut eye, tunjuk kat telinga suruh sebut ear. Jgn marah sbb kalau marah nnt terbantut la proses pembelajaran dia.


13. Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka . Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri. Bila saya baca ni, rasanya tak salah la saya selalu pimpin tangan anak2 even dalam rumah pun. Bila nak ajak dia bangun je, saya hulur tangan. Even nak kedapur pun untuk bancuh susu diorg. Kalau kat luar mmg lah sah2 pegang sbb saya jenis serabut perut takut anak terlari tgh jalan ke.


14. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka – jadilah pendengar setia mereka. Kalau pasangan kita mimpi pun apa salahnya kita dengar. Best hape dengar cerita dari mimpi. Mcm drama tapi takde skrip, takde director, dan takde siaran ulang tayang.


15. Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.


16. Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam - biasakan ajar dia salam kita sebelum lena. Cium dahi diorg esp mak nya..mcm cerita omputeh kan selalu dia gi bilik tidur anak n selimutkan diorg.


17. Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna . Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa. Ada masa anak kata papa ni garangla.. tu sbnrnya dia menegur so, ubahla. Jgn jadi too perfectionist pada anak2. nnt mereka rendah diri.


18. Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga. Dan mereka juga akan terasa kurang kasih sayang bila kita mengadap benda lain. Kalau anak2 dah sekolah, biasakan tolong mereka siapkan kerja rumah, atau kita sendiri bg latihan dan perati setiap hari peralihan dia belajar dari satu topik ke topik. Bantu dia belajar lebih dari yg cikgu dia ajar.


19. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri. Hoo..seram. tapi ada betulnya. Buatlah sesuatu supaya mereka tak menjauh dari kita. Semoga kita tidak sunyi dihari tua kita.


20. Anak-anak juga mempunyai perasaan seperti anda. hargailah perasaan mereka supaya mereka juga menghargai dan memahami perasaan kita.


So,sebagai ibu bapa kita harus menjaga amanah yang telah Tuhan bagi ini dengan sebaik2nya.Sama-samalah kita,sempena masih di tahun baru ini,dengan azam baru kita akan jadi ibu bapa yang terbaik buak anak-anak kita....aminnn... 
Read more

Kebanyakan ibu-ibu diluar sana perlu fikir baju apa yang sesuai untuk menyusukan bayi anda.Disini nak berkongsi sedikit tip dari saya untuk anda:

Pertama kali ianya mesti ada bukaan di dada.Ini akan memudahkan kita untuk menyelak bila bayi mahu menyusu.Tak kisahlah dari kiri ke kanan atau kanan ke kiri, dari tengah ke kanan atau ke kiri dan
dari bawah ke atas atau atas ke bawah, asalkan ianya selesa.
Keduanya,baju ada berzip dan berbutang,mudah dan senang je di buka,tak payah selak2.Tapi kena hati-hatilah takut2 dalam kelam kabut dengar bayi menangis nak susu,tersalah tarik pulak..tak ke naya tu...
Ketiga,material kain tu sendiri.Sebaik2nya guna kain dari fabrik kapas yang dapat menyerap peluh.Di samping memberi keselesaan kepada ibu memakai nya,bayi juga tidak rimas.Fabrik kian  yang  meregang juga sesuai,sebabnya ia menyerap peluh sama dengan fabrik kapas.
Keempat,penggunaan inner.Ibu-ibu sekarang semakin pandai bergaya walaupun terpaksa menyusukan bayi.Siapa tak nak cantik kan? Inner sesuai bila kita nak menggayakan dress labuh,blaus dan jubah.Anda boleh memilih mengikut kesesuaian anda dan majlis.
Kelima,aksesori sokongan.Dengan adanya aksesori sokongan akan memberi keyakinan kepada para ibu menyusukan bayi di khalayak ramai.Contohnya;
Ponco-lembaran kain yang akan membantu dan melindungi anda semasa menyusukan bayi.Penggunaan nya sangat mudah,hanya perlu menyarungkan ponco berkenaan ketubuh  dan anda boleh terus menyusukan bayi tanpa perlu khuatir dengan pandangan orang ramai.
Pelindung  penyusuan-nursing cover biasanya dilengkapi dengan pendawai khas yang membolehkan anda melihat  bayi ketika menyusu.Ianya diperbuat dari kain kapas yang akan memberi keselesaan pada bayi bila memakainya.


 
Read more
assalamualaikum...... info 4 today .... sharing is caring... kelebihan menyusukan anak....

1.wanita yang menyusukan anak akan dapat satu pahala daripada setiap titik susu yang diberikannya.
2.jika menyusu anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 thun)beramal soleh,taat perintah Allah SWT n suami maka malaikat2 di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya..
3.jika wanita memberi susu badannya kpd anaknya yang menangis ,Allah akn beri pahala satu tahun solat dan puasa..
4.susu ibu boleh jadi anak lebih sihat dan membantu meningkatkan imunisasi anak serta pengaruh sangat besar terhadap perkembangan dan kesihatan fizikal dan jiwa anak.
5.jika semalaman ibunya tidak tidur kerana menjaga anaknya yang sakit,maka Allah SWT memberi pahala seperti memerdekakan 70 hamba ke jalan Allah SWT...

subhanallah...byk nya kelebihan menyusu baby..insyallah sama2 kita berusaha kearah itu....aminnn...
Read more

Al-Kisah

2013,genap masuk 4 tahun dah bergelar ibu kepada dua orang perwira yang comel2 belaka  dan 5 tahun bergelar isteri kepada mr suami..alhamdulillah..semuanya baik-baik sahaja dengan kesihatan yang sempurna kurniaan Ilahi.
Mei 2013,blog ini telah disiapkan,terima kasih pada en suami yg banyak membantu..sayang daddy..hmm..Disini  semuanya bermula sebuah pengalaman yang cukup indah bagi diri ini setelah bergelar isteri dan ibu kepada anak-anak mama yang comel.
21.06.2009 telah lahir seorang bayi lelaki yang diberi  nama MUHAMMAD SYAMIM,putera sulung kami.Abang yang cukup aktif dan bersemangat sentiasa.Dengan keletahnya  yang menghiburkan terutama di sebelah keluarga suami yang baru pertama kali menyambut cucu sulung mereka.Alangkah bahagia nya rasa bila dikurniakan zuriat .
Tanggal 10.05.2012,putera kedua kami MUHAMMAD SYAZWAN ..keletahnya amat menghiburkan,walau berbadan kecil tapi lincah dan aktif.Genap 10 bulan dah pandai berjalan...ala comelny…..Lengkap sudah rasanya sebuah keluarga bahagia dengan anak-anak mama yang comel2 belaka dan suami yang penyayang.
Read more