Asslamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Pertama sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian anda melawat laman web saya yang tidak seberapa ini. Walau bagaimanapun saya akan cuba sebaik mungkin bagi memastikan apa yang bakal saya kongsikan disini bersama anda akan memberi manfaat bersama. Saya juga mengalu-alukan para ibu diluar sana untuk sama-sama menyumbangkan ilmu atau berkongsi pengalaman anda di laman web Sally Kids Shop ini. Disamping menyediakan panduan kepada para ibu, halaman web ini juga berfungsi sebagai kedai Online yang memasarkan produk berkaitan kanak-kanak. Harap anda enjoy bersama saya.
 

Kebanyakan ibu-ibu diluar sana perlu fikir baju apa yang sesuai untuk menyusukan bayi anda.Disini nak berkongsi sedikit tip dari saya untuk anda:

Pertama kali ianya mesti ada bukaan di dada.Ini akan memudahkan kita untuk menyelak bila bayi mahu menyusu.Tak kisahlah dari kiri ke kanan atau kanan ke kiri, dari tengah ke kanan atau ke kiri dan
dari bawah ke atas atau atas ke bawah, asalkan ianya selesa.
Keduanya,baju ada berzip dan berbutang,mudah dan senang je di buka,tak payah selak2.Tapi kena hati-hatilah takut2 dalam kelam kabut dengar bayi menangis nak susu,tersalah tarik pulak..tak ke naya tu...
Ketiga,material kain tu sendiri.Sebaik2nya guna kain dari fabrik kapas yang dapat menyerap peluh.Di samping memberi keselesaan kepada ibu memakai nya,bayi juga tidak rimas.Fabrik kian  yang  meregang juga sesuai,sebabnya ia menyerap peluh sama dengan fabrik kapas.
Keempat,penggunaan inner.Ibu-ibu sekarang semakin pandai bergaya walaupun terpaksa menyusukan bayi.Siapa tak nak cantik kan? Inner sesuai bila kita nak menggayakan dress labuh,blaus dan jubah.Anda boleh memilih mengikut kesesuaian anda dan majlis.
Kelima,aksesori sokongan.Dengan adanya aksesori sokongan akan memberi keyakinan kepada para ibu menyusukan bayi di khalayak ramai.Contohnya;
Ponco-lembaran kain yang akan membantu dan melindungi anda semasa menyusukan bayi.Penggunaan nya sangat mudah,hanya perlu menyarungkan ponco berkenaan ketubuh  dan anda boleh terus menyusukan bayi tanpa perlu khuatir dengan pandangan orang ramai.
Pelindung  penyusuan-nursing cover biasanya dilengkapi dengan pendawai khas yang membolehkan anda melihat  bayi ketika menyusu.Ianya diperbuat dari kain kapas yang akan memberi keselesaan pada bayi bila memakainya.


 
Read more